GENK Hassan asah bakat melukis Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my HASSAN menyiapkan beberapa karakter kartun. BERTEMU dengan figura tinggi lampai, Hassan Abd. Muthalib yang dianggap sifu dalam dunia animasi tanah air, banyak kisah menarik yang dikongsi bersama. Daripada kisah zaman kanak-kanak, remaja, dewasa dan sehinggalah kisah dalam meniti usia yang bakal mencecah 65 tahun 3 November ini, Hassan tidak pernah lupa kronologi pengalaman hidupnya. Malah, anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu juga tidak pernah malu mengaku bahawa dia bukan seorang pelajar yang cerdik ketika zaman sekolahnya. "Dulu masa kecil, saya selalu ingat saya bodoh sebab kawan-kawan yang lain semua pandai. Apa yang saya tahu cuma membaca buku dan novel Inggeris. Itu memang kegemaran saya. "Antaranya seperti Gulliver's Travel, Treasure Island, Tom Brown's School Days, The Adventures of Tom Sawyer, Sir Walter Raleigh dan sebagainya ...