Skip to main content

"Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Petronas.''

hehehe...mmg sah ramai yg sudah mendpt emel berkaitan.. kekerapan terjumpa dgn 'recycle joke' ini ketara bila musim yg sama kita tempuhi..

"Ayam berapa ekor? ...5 mak..."
"Ketupat berapa dah siap? ...20 mak..."
"Kelapa dah parut? ....Dah mak..."
"Daging...?" (tak berjawab).....
"Hati...?" (tak berjawab).....
"Limpa...?" (tak berjawab)....
"Hmm... apa la nak jadi dengan korang ni..."
(Naik sampan)... "Lembu ada lagi Pak Mat?"....
"Nih, lembu tengah dok baca email jer, pemaleh nak kerojer!!!!"


masih berdasarkan iklan yg sama.. keluar selepas kejayaan iklan tersebut.. maknanya; terdpt pelbagai versi lawak kitarsemula dlm pasaran..

...Suatu hari di sebuah kampung, 2 hari sebelum ketibaan Hari Raya
Aidilfitri.....
"Ayam berapa ekor? ...5 mak..."
"Ketupat berapa dah siap? ...20 mak..."
"Kelapa dah parut? ....Dah mak..."
"beruk...?" (tak berjawab).....
"monyet...?" (tak berjawab).....
"cipan...?" (tak berjawab).....
"tenuk...?" (tak berjawab).....
"tapir...?" (tak berjawab).....
"Hmm... apa la nak jadi dengan korang ni..."
(Naik sampan)... "beruk ada lagi Pak Mat?"....
"Nih, beruk tengah dok baca (ubahsuai isi cth emel,tag,sms...) jer, pemaleh nak keje!!!!"
HAHAHAHAHAHA!!!!!!!!


berikut artikel2 yg sama pernah diBLOGkan berkenaan dgn iklan Petronas itu..

Hafis berazam terbit iklan bawa mesej nilai kemanusiaan
Oleh: ROHANI IBRAHIM
KUALA LUMPUR 29 Nov. - Berkorban apa sahaja demi ibu tercinta, termasuk menggembirakan hati ibu dengan bersama-samanya pada hari yang mulia.
Inilah mesej yang cuba disampaikan oleh penerbit dan penulis skrip iklan hari raya Petronas, Hafis Ibrahim supaya tradisi menyambut hari kebesaran bersama-sama keluarga diteruskan walau apa halangan sekalipun.

baca sepenuhnya


Persepsi baru filem iklan
Getaran Seni Oleh Ku Seman Ku Hussain
Selain daripada lagu Hari Raya, program TV Hari Raya dan berita kemalangan jalan raya, suatu yang tidak kurang juga menyentuh kita ialah iklan korporat sempena Hari Raya. Kehadiran iklan-iklan korporat ini sangat dirasakan kesannya. Sebahagian besar daripada kita bercakap mengenai filem iklan yang dirasainya tidak sampai dua minit itu. Secara umumnya ia menceriakan suasana Hari Raya.

baca sepenuhnya

Comments

Popular posts from this blog

Cik CT Kedai Foto Adobe

Salam salam. Pakcik pun tidak ingat bila tarikh sebenar pakcik buat 'Cik CT' melalui Kedai Foto Adobe ini. Yang pasti pakcik terjumpa selepas menggoda ehh... menggodek URL yang terbiar lama di blog 360.. Sebenarnya gambar Cik CT (sebelum bergelar DATUK, isteri & ...) ini hasil penjelmaan semula (wah! serupa cerita seram geli-gelilah pulak) menggunakan teknik dan taktik yang pakcik pun sudah lupa hasil janaan aplikasi grafik yang glam itulah. Gambar sebenar merupakan foto yang diambil hasil persembahan nyanyiannya. Kemudian dipotong-potong dan dikerat-kerat 18 bahagian (opsss!). Selepas itu dibiarkan semalaman dan diembunkan lalu ditoskan secara pusingan berirama 270 darjah arah selatan batu nantikau ehh... nautika! Ok, sebenarnya pakcik memang langsung tidak ingat proses pembuatannya. X-D
  sentiasa berangan dapat naik ke kapal angkasa yang maha besar binaannya 😁 https://bit.ly/3bpVgme

Artis dalam pembikinan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. bagaimana dengan kesihatan anda hari ini? semoga anda dalam keadaan sihat dan ceria di samping keluarga tersayang. apa? anda tidak sayang keluarga anda? hmm.. anda harus lakukan sesuatu berkenaan perkara itu.. setelah sekian lama meninggalkan khidmat blog oleh blogger.com ini, maka saya mengambil tindakan untuk berbuat sesuatu. sekadar menghidupkan kembali fungsi sistem dan mempergunakannya untuk karya amatur saya. ini sebahagian dari projek "sekejap ada, sekejap tiada" artis Malaysia dalam bentuk lukisan vektor oleh saya. lukisan vektor ditekap dan disalin dari gambar asal yang terdapat di Gambarartis.blogspot.com tatacara ini mengambil masa saya sebenarnya, maklumlah masih di tahap amatur. jika ada kelapangan akan diwarnakan. sekianlah catatan yang tidak seberapa ini sekadar membungakan sedikit taman yang hampir layu ditelan zaman.