Skip to main content

'Buah tangan' pertama Jins Shamsuddin di Dewan Negara

04:13AM (16-12-2004)
Bayangkan dunia hiburan tanpa gosip.Ada yang merasa ia ibarat lagu tanpa irama.
Bagaimanapun Datuk Jins Shamsuddin melihat gosip sebagai satu unsur perosak kepada kesejahteraan dunia hiduran.
Inilah ?buah tangan? pertamanya ketika melangkah masuk menghadiri sidang Dewan Negara sebagai seorang Senator.
Rabu ialah hari pertama Jins Shamsuddin menghadiri sidang itu.Beliau juga adalah seniman pertama yang dilantik ke
jawatan itu untuk mewakili industri seni dan hiburan tanahair.
Ketika menyertai perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2005 beliau membuat cadangan yang agak mengejutkan
iaitu meminta Kementerian Keselamatan Dalam Negeri agar meneliti semula ruangan gosip di media tempatan yang disifatkannya
lebih banyak `melaga-lagakan' seniman dalam dunia hiburan.
Seniman veteran itu berkata ruangan gosip tidak mempunyai banyak kebaikan selain memecah-belahkan artis seperti yang
banyak berlaku sekarang.
"Contohnya macam satu kes seniman kita baru-baru ini, yang tak payahlah saya sebutkan namanya, sepatutnya tidak perlu
ke mahkamah, tetapi akhbar-akhbar menyiarkan berita yang melaga-lagakan mereka. "Malah pernah terjadi juga satu
pasangan seniman hampir bercerai-berai kerana gosip," katanya .
Oleh itu katanya, sewajarnya kementerian yang terbabit mempertimbangkan untuk tidak membenarkan lagi media daripada
menyiarkan gosip dunia hiburan tempatan.
"Sebaiknya tidak diadakan ruangan ini kerana mula-mula mengata, kemudian mengumpat, dan akhir memfitnah.
Sedangkan memfitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh," katanya.
Jins juga berkata pengalamannya di Iran baru-baru ini mendapati kerajaan negara itu tidak membenarkan ruangan gosip
dimuatkan di dalam akhbar mereka kerana berpendapat ia boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti penggiat seni.
"Mereka juga berpandangan ruangan seperti ini hanya memecah belahkan masyarakat," katanya.
Beliau juga turut menyentuh mengenai isu `local content' di dalam program-program iklan yang disiarkan di televisyen
sekarang yang sudah semakin luntur unsur tempatannya.
"Dulu ada peraturan yang meletakkan syarat dalam setiap iklan mesti ada 80 peratus unsur tempatan dan hanya 20
peratus unsur luar, tetapi sekarang sudah dimansuhkan. Kita bimbang lama kelamaan generasi muda kita akan hilang
jati diri jika ini dibiarkan," katanya.

--- end ---  --- Article Information --- 
This article was emailed from http://agendadaily.com:80/cms.
Article's URL

Comments

Popular posts from this blog

Cik CT Kedai Foto Adobe

Salam salam. Pakcik pun tidak ingat bila tarikh sebenar pakcik buat 'Cik CT' melalui Kedai Foto Adobe ini. Yang pasti pakcik terjumpa selepas menggoda ehh... menggodek URL yang terbiar lama di blog 360.. Sebenarnya gambar Cik CT (sebelum bergelar DATUK, isteri & ...) ini hasil penjelmaan semula (wah! serupa cerita seram geli-gelilah pulak) menggunakan teknik dan taktik yang pakcik pun sudah lupa hasil janaan aplikasi grafik yang glam itulah. Gambar sebenar merupakan foto yang diambil hasil persembahan nyanyiannya. Kemudian dipotong-potong dan dikerat-kerat 18 bahagian (opsss!). Selepas itu dibiarkan semalaman dan diembunkan lalu ditoskan secara pusingan berirama 270 darjah arah selatan batu nantikau ehh... nautika! Ok, sebenarnya pakcik memang langsung tidak ingat proses pembuatannya. X-D
  sentiasa berangan dapat naik ke kapal angkasa yang maha besar binaannya 😁 https://bit.ly/3bpVgme

Artis dalam pembikinan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. bagaimana dengan kesihatan anda hari ini? semoga anda dalam keadaan sihat dan ceria di samping keluarga tersayang. apa? anda tidak sayang keluarga anda? hmm.. anda harus lakukan sesuatu berkenaan perkara itu.. setelah sekian lama meninggalkan khidmat blog oleh blogger.com ini, maka saya mengambil tindakan untuk berbuat sesuatu. sekadar menghidupkan kembali fungsi sistem dan mempergunakannya untuk karya amatur saya. ini sebahagian dari projek "sekejap ada, sekejap tiada" artis Malaysia dalam bentuk lukisan vektor oleh saya. lukisan vektor ditekap dan disalin dari gambar asal yang terdapat di Gambarartis.blogspot.com tatacara ini mengambil masa saya sebenarnya, maklumlah masih di tahap amatur. jika ada kelapangan akan diwarnakan. sekianlah catatan yang tidak seberapa ini sekadar membungakan sedikit taman yang hampir layu ditelan zaman.