Skip to main content

Isyarat berkomunikasi di lebuh raya

Isyarat berkomunikasi di lebuh raya

KOMUNIKASI anda dengan pemandu lain di lebuh raya amat penting. Berikut adalah antara isyarat komunikasi yang boleh digunakan:-

1. Maafkan saya

-sedikit kelekaan atau kesilapan boleh mendatangkan masalah, kemarahan atau membahayakan pemandu lain. Bagi memohon maaf kepada atas kesilapan anda, tunjukkan isyarat 'V' menggunakan jari kepada pemandu terbabit.

2. Perlahankan kenderaan, bahaya di hadapan

- Jika ingin memberi amaran kepada pemandu lain di laluan bertentangan mengenai bahaya atau rintangan di hadapan mereka, kelipkan lampu utama kenderaan anda beberapa kali.

- Bagi memberi amaran kepada pemandu di belakang anda, tekan brek, -ruskan tangan kanan dan gerakkan ke atas dan ke bawah beberapa kali.

3. Saya ingin memotong

- Bagi memberitahu pemandu di hadapan anda ingin memotong, nyalakan isyarat membelok ke kanan beberapa kali. Sekiranya langkah ini gagal mendapatkan perhatian mereka, kelipkan lampu utama kenderaan anda supaya mereka mengalihkan kenderaan ke lorong kiri.

4. Kenderaan bermasalah

- Bagi memberitahu pemandu kenderaan yang mempunyai masalah seperti tayar kurang angin, muatan tidak stabil dan lain-lain, tunjukkan masalah pada pemandu dengan tunjuk isyarat ibu jari ke bawah (isyarat tidak bagus).

5. Masalah lampu

- Terdapat pemandu yang tidak sedar lampu kenderaan mereka menyala ketika memandu di waktu siang atau tidak perasan lampu isyarat bermasalah. Oleh itu, rapat dan jarakkan ibu jari tangan dan dan jari-jari lain beberapa kali (isyarat genggam tangan dan buka) kepada mereka.

6. Saya perlukan bantuan

-Kenderaan anda terkandas akibat kerosakan dana anda perlu mendapatkan bantuan dari pemandu lain. Bagi mendapatkan bantuan, tunjukkan simbol 'T' dengan menyentuh jari tangan kanan ke telapak tangan kiri.

7. Saya faham,terima kasih!

-Bagi mengucapkan terima kasih kepada pemandu lain atas kerjasama mereka, gunakan isyarat 'Bagus' atau 'OK' yang difahami oleh kebanyakkan pemandu.

8. Keselamatan kenderaan

1. Matikan enjin kenderaan setiap kali anda tidak berada di dalam kenderaan.

2.Jangan menyimpan barangan berharga seperti beg tangan, dompet, kamera, telefon bimbit didalam kenderaan.

3.Letakkan kenderaan di kawasan yang terang iaitu berlampu jika waktu malam dan kawasan tumpuan orang ramai.

4.Pasang alat penggera keselamatan bermutu tinggi pada kenderaan anda.

-Sumber Plus

Comments

Popular posts from this blog

Cik CT Kedai Foto Adobe

Salam salam. Pakcik pun tidak ingat bila tarikh sebenar pakcik buat 'Cik CT' melalui Kedai Foto Adobe ini. Yang pasti pakcik terjumpa selepas menggoda ehh... menggodek URL yang terbiar lama di blog 360.. Sebenarnya gambar Cik CT (sebelum bergelar DATUK, isteri & ...) ini hasil penjelmaan semula (wah! serupa cerita seram geli-gelilah pulak) menggunakan teknik dan taktik yang pakcik pun sudah lupa hasil janaan aplikasi grafik yang glam itulah. Gambar sebenar merupakan foto yang diambil hasil persembahan nyanyiannya. Kemudian dipotong-potong dan dikerat-kerat 18 bahagian (opsss!). Selepas itu dibiarkan semalaman dan diembunkan lalu ditoskan secara pusingan berirama 270 darjah arah selatan batu nantikau ehh... nautika! Ok, sebenarnya pakcik memang langsung tidak ingat proses pembuatannya. X-D
  sentiasa berangan dapat naik ke kapal angkasa yang maha besar binaannya 😁 https://bit.ly/3bpVgme

Artis dalam pembikinan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. bagaimana dengan kesihatan anda hari ini? semoga anda dalam keadaan sihat dan ceria di samping keluarga tersayang. apa? anda tidak sayang keluarga anda? hmm.. anda harus lakukan sesuatu berkenaan perkara itu.. setelah sekian lama meninggalkan khidmat blog oleh blogger.com ini, maka saya mengambil tindakan untuk berbuat sesuatu. sekadar menghidupkan kembali fungsi sistem dan mempergunakannya untuk karya amatur saya. ini sebahagian dari projek "sekejap ada, sekejap tiada" artis Malaysia dalam bentuk lukisan vektor oleh saya. lukisan vektor ditekap dan disalin dari gambar asal yang terdapat di Gambarartis.blogspot.com tatacara ini mengambil masa saya sebenarnya, maklumlah masih di tahap amatur. jika ada kelapangan akan diwarnakan. sekianlah catatan yang tidak seberapa ini sekadar membungakan sedikit taman yang hampir layu ditelan zaman.