Skip to main content

Manipulasi foto

Hari ini kepenatan. Selepas terkejar-kejar memandu ke pusat bandaraya negara untuk penghantaran dokumen tender, bergegas pula perlahan-lahan ke pinggir bandaraya satelit. Balik ke pejabat, terasa hendak minum pula. :-P

Kerja yang separa siap seawal pagi tadi sudah dilunaskan. Masa yang terhidang ini diguna untuk mempertajamkan kemahiran yang tidak seberapa.

Foto spontan posse anak lelaki menjadi bahan ujikaji. Diambil menggunakan kamera digital Kodak Easyshare. Lokasi hanya di ruang tengah rumah. Manipulasi hasil janaan Photoshop CS2. Crop, Blur, Glow, Level dan segala macam pilihan filter yang ada diaplikasikan.
Hasilnya? Hmmm... bolehlah untuk rasa seronok sendiri. B)
100_1108-ani1100_1108-ani2100_1108-ani3100_1108-ani5

Comments

Popular posts from this blog

  sentiasa berangan dapat naik ke kapal angkasa yang maha besar binaannya 😁 https://bit.ly/3bpVgme

Terbangkan Saya...

Alhamdulillah.. Terima kasih kepada isteri tercinta yg memberi peluang kpd saya melakarkan lukisan utk dimuatkan dlm projek buku bergambar kanak-kanak terbitan Buku Prima. Telah selamat dilancarkan pada 1 Februari 2015 di Karnival Karangkraf Shah Alam. Projek ini dimulakan dgn pengenalan taklimat pd Jun 2014. Ini merupakan kolaborasi suami isteri berkaitan buku yg pd pendapat saya amat menarik.

Cik CT Kedai Foto Adobe

Salam salam. Pakcik pun tidak ingat bila tarikh sebenar pakcik buat 'Cik CT' melalui Kedai Foto Adobe ini. Yang pasti pakcik terjumpa selepas menggoda ehh... menggodek URL yang terbiar lama di blog 360.. Sebenarnya gambar Cik CT (sebelum bergelar DATUK, isteri & ...) ini hasil penjelmaan semula (wah! serupa cerita seram geli-gelilah pulak) menggunakan teknik dan taktik yang pakcik pun sudah lupa hasil janaan aplikasi grafik yang glam itulah. Gambar sebenar merupakan foto yang diambil hasil persembahan nyanyiannya. Kemudian dipotong-potong dan dikerat-kerat 18 bahagian (opsss!). Selepas itu dibiarkan semalaman dan diembunkan lalu ditoskan secara pusingan berirama 270 darjah arah selatan batu nantikau ehh... nautika! Ok, sebenarnya pakcik memang langsung tidak ingat proses pembuatannya. X-D