Skip to main content

demi masa..

yeah! punya lama aku terlupa pasal blog ini.
sebenarnya ini blog terpinggir yang aku buat pada tahun 2004.
dek terlupa email address yang aku guna untuk login, wajar aku biarkan sahaja.
entah macamana - selepas beberapa tahun - hari ini aku terlebih rajin berusaha mendapatkan semula akses blog ini.

ceh! macamlah ada harta karun aku tinggalkan di sini. entah apa-apa.

yang lawaknya dan misteri kepada aku sendiri ialah selang 2 hari lagi ulangtahun ke-5 blog ini semenjak catatan yang pertama.

betapa aku telah kehilangan 5 tahun tanpa berbuat apa-apa.

Comments

Popular posts from this blog

  sentiasa berangan dapat naik ke kapal angkasa yang maha besar binaannya 😁 https://bit.ly/3bpVgme

Cik CT Kedai Foto Adobe

Salam salam. Pakcik pun tidak ingat bila tarikh sebenar pakcik buat 'Cik CT' melalui Kedai Foto Adobe ini. Yang pasti pakcik terjumpa selepas menggoda ehh... menggodek URL yang terbiar lama di blog 360.. Sebenarnya gambar Cik CT (sebelum bergelar DATUK, isteri & ...) ini hasil penjelmaan semula (wah! serupa cerita seram geli-gelilah pulak) menggunakan teknik dan taktik yang pakcik pun sudah lupa hasil janaan aplikasi grafik yang glam itulah. Gambar sebenar merupakan foto yang diambil hasil persembahan nyanyiannya. Kemudian dipotong-potong dan dikerat-kerat 18 bahagian (opsss!). Selepas itu dibiarkan semalaman dan diembunkan lalu ditoskan secara pusingan berirama 270 darjah arah selatan batu nantikau ehh... nautika! Ok, sebenarnya pakcik memang langsung tidak ingat proses pembuatannya. X-D

Terbangkan Saya...

Alhamdulillah.. Terima kasih kepada isteri tercinta yg memberi peluang kpd saya melakarkan lukisan utk dimuatkan dlm projek buku bergambar kanak-kanak terbitan Buku Prima. Telah selamat dilancarkan pada 1 Februari 2015 di Karnival Karangkraf Shah Alam. Projek ini dimulakan dgn pengenalan taklimat pd Jun 2014. Ini merupakan kolaborasi suami isteri berkaitan buku yg pd pendapat saya amat menarik.