Skip to main content

Bermula dengan perlahan tetapi..

cepat dan pantas menangkap ruang dan peluang yang terhidang dalam pendakian ke puncak.

Apa yang aku membebel ini kepada diriku sendiri merupakan bebelan motivasi sebelum ia menjadi matibasi.

Aku cuba paksa kerjakan perancangan yang selama ini terpendam dan terendam dalam diam. Bila diam tiada aksi maka aku bersemayam bak raja atas singgahsana ciptaan sendiri dengan selesa. Sedangkan anasir-anasir kehidupan berada di sekeliling. Aku mesti gerakkan diri agar lari dari keselesaan ini.

Pantas perlu pantas. Cantas perlu cantas. Kena pantas mengambil yang terbaik. Kena cantas mana-mana yang membelit.

Masa makin suntuk. Kehidupan keluarga harus elok diperuntuk. 

Tidak mahu mengangguk-angguk terlentuk.

Ayuh! Maju.

 



(.. ishhhh laparlah! )

Comments

Popular posts from this blog

  sentiasa berangan dapat naik ke kapal angkasa yang maha besar binaannya 😁 https://bit.ly/3bpVgme

Cik CT Kedai Foto Adobe

Salam salam. Pakcik pun tidak ingat bila tarikh sebenar pakcik buat 'Cik CT' melalui Kedai Foto Adobe ini. Yang pasti pakcik terjumpa selepas menggoda ehh... menggodek URL yang terbiar lama di blog 360.. Sebenarnya gambar Cik CT (sebelum bergelar DATUK, isteri & ...) ini hasil penjelmaan semula (wah! serupa cerita seram geli-gelilah pulak) menggunakan teknik dan taktik yang pakcik pun sudah lupa hasil janaan aplikasi grafik yang glam itulah. Gambar sebenar merupakan foto yang diambil hasil persembahan nyanyiannya. Kemudian dipotong-potong dan dikerat-kerat 18 bahagian (opsss!). Selepas itu dibiarkan semalaman dan diembunkan lalu ditoskan secara pusingan berirama 270 darjah arah selatan batu nantikau ehh... nautika! Ok, sebenarnya pakcik memang langsung tidak ingat proses pembuatannya. X-D

Terbangkan Saya...

Alhamdulillah.. Terima kasih kepada isteri tercinta yg memberi peluang kpd saya melakarkan lukisan utk dimuatkan dlm projek buku bergambar kanak-kanak terbitan Buku Prima. Telah selamat dilancarkan pada 1 Februari 2015 di Karnival Karangkraf Shah Alam. Projek ini dimulakan dgn pengenalan taklimat pd Jun 2014. Ini merupakan kolaborasi suami isteri berkaitan buku yg pd pendapat saya amat menarik.