Skip to main content

Menarik.. PTS Menganjurkan Sayembara Menulis Novel Humor..








HADIAH
Hadiah Pertama: RM 5,000.00
Hadiah Kedua: RM 2,500.00
Hadiah Ketiga: RM 1,500.00
2 Hadiah Saguhati : RM 500.00 setiap satu.

SYARAT
PENYERTAAN SAYEMBARA

1. Pertandingan dibuka kepada warganegara Malaysia sama ada bermastautin di Malaysia atau tidak kecuali staf PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. dan anak-anak syarikatnya.
2. Tema sayembara ini adalah bebas namun hendaklah tidak menyentuh unsur-unsur politik yang keterlaluan, dan unsur-unsur moral yang kurang sesuai dengan budaya masyarakat majmuk Malaysia amnya.
3. Karya juga hendaklah menerapkan nilai-nilai murni dan pengajaran yang
berkesan kepada pembaca.
4. Panjang manuskrip bagi novel humor mestilah tidak kurang daripada 40,000 patah perkataan.
5. Manuskrip yang dihantar mestilah ditaip di atas kertas A4 sebelah muka dengan
jarak langkau dua baris dan berjilid kemas.
6. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu manuskrip namun setiap peserta hanya layak menerima satu hadiah sahaja.
7. Judul karya hendaklah ditaip pada kulit naskhah.
8. Nama dan alamat peserta TIDAK BOLEH tertera pada manuskrip yang dikirim.
9. Karya mestilah asli, bukan saduran, adaptasi, penyesuaian atau apa-apa sahaja yang membawa pengertian karya itu bukan karya asli serta belum pernah tersiar/diterbitkan oleh mana-mana pihak.
10. PTS berhak menerbitkan manuskrip yang memenangi sayembara ini. Namun, bagi karya yang tidak memenangi hadiah layak dipertimbangkan untuk diterbitkan sekiranya bersesuaian.
11. PTS akan melantik mana-mana panel hakim yang difikirkan layak menghakimi
sayembara ini. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
12. Penyertaan yang lengkap hendaklah sampai kepada urus setia sebelum atau pada tarikh tutup penyertaan, iaitu pada 30 September 2010 dan dihantar kepada
alamat yang berikut:

Urus Setia,
Sayembara Menulis Novel Humor
PTS,
PTS Fortuna Sdn. Bhd.
12 & 12A, Jalan DBP,
Dolomite
Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Telefon:
03-6188 0316
Faks: 03-6189 1316
ataupun e-mel: ptsfortuna@pts.com.myptsfortuna@pts.com.my
/ syafiq@pts.com.mysyafiq@pts.com.my

dihantar guna web dari ORAET!

Comments

Popular posts from this blog

Cik CT Kedai Foto Adobe

Salam salam. Pakcik pun tidak ingat bila tarikh sebenar pakcik buat 'Cik CT' melalui Kedai Foto Adobe ini. Yang pasti pakcik terjumpa selepas menggoda ehh... menggodek URL yang terbiar lama di blog 360.. Sebenarnya gambar Cik CT (sebelum bergelar DATUK, isteri & ...) ini hasil penjelmaan semula (wah! serupa cerita seram geli-gelilah pulak) menggunakan teknik dan taktik yang pakcik pun sudah lupa hasil janaan aplikasi grafik yang glam itulah. Gambar sebenar merupakan foto yang diambil hasil persembahan nyanyiannya. Kemudian dipotong-potong dan dikerat-kerat 18 bahagian (opsss!). Selepas itu dibiarkan semalaman dan diembunkan lalu ditoskan secara pusingan berirama 270 darjah arah selatan batu nantikau ehh... nautika! Ok, sebenarnya pakcik memang langsung tidak ingat proses pembuatannya. X-D
  sentiasa berangan dapat naik ke kapal angkasa yang maha besar binaannya 😁 https://bit.ly/3bpVgme

Artis dalam pembikinan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. bagaimana dengan kesihatan anda hari ini? semoga anda dalam keadaan sihat dan ceria di samping keluarga tersayang. apa? anda tidak sayang keluarga anda? hmm.. anda harus lakukan sesuatu berkenaan perkara itu.. setelah sekian lama meninggalkan khidmat blog oleh blogger.com ini, maka saya mengambil tindakan untuk berbuat sesuatu. sekadar menghidupkan kembali fungsi sistem dan mempergunakannya untuk karya amatur saya. ini sebahagian dari projek "sekejap ada, sekejap tiada" artis Malaysia dalam bentuk lukisan vektor oleh saya. lukisan vektor ditekap dan disalin dari gambar asal yang terdapat di Gambarartis.blogspot.com tatacara ini mengambil masa saya sebenarnya, maklumlah masih di tahap amatur. jika ada kelapangan akan diwarnakan. sekianlah catatan yang tidak seberapa ini sekadar membungakan sedikit taman yang hampir layu ditelan zaman.