Skip to main content

Terkenang-kenang - 6K Sekolah Rendah Kebangsaan Kg Tunku

Woahhhh.. best-best..
gambar lama masa darjah 6K tahun 1983 di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Tunku. Dapat kat Kg. Tunku Class of '83 group album di FB.. yeah Puan Zaliha cikgu kelas.. aisey banyak dah tak ingat ni..
Cutenya pakcik masa tu.. ehh skrg pun masih menten apa..

Kg. Tunku Class of '83

Lagu SRK Kg Tunku

Biru, kuning dan merah, warna bendera kita,
Harus dihormati, dijaga setiap waktu dan masa,
Demi masa hadapan, kita berganding tangan,
Ilmu pengetahuan, itulah kunci tiap kejayaan,
Di sini tempat kita, mengisi ilmu di dada,
Janganlah kita lupa, hingga ke akhir masa
Mari kita bersatu, sama bergerak maju,
haruslah bersopan, setia di bawah satu bendera


SRK Kampung Tunku Alumni FB

SRK Kampung Tunku Alumni blog


dihantar guna web dari ORAET!

Comments

Popular posts from this blog

Cik CT Kedai Foto Adobe

Salam salam. Pakcik pun tidak ingat bila tarikh sebenar pakcik buat 'Cik CT' melalui Kedai Foto Adobe ini. Yang pasti pakcik terjumpa selepas menggoda ehh... menggodek URL yang terbiar lama di blog 360.. Sebenarnya gambar Cik CT (sebelum bergelar DATUK, isteri & ...) ini hasil penjelmaan semula (wah! serupa cerita seram geli-gelilah pulak) menggunakan teknik dan taktik yang pakcik pun sudah lupa hasil janaan aplikasi grafik yang glam itulah. Gambar sebenar merupakan foto yang diambil hasil persembahan nyanyiannya. Kemudian dipotong-potong dan dikerat-kerat 18 bahagian (opsss!). Selepas itu dibiarkan semalaman dan diembunkan lalu ditoskan secara pusingan berirama 270 darjah arah selatan batu nantikau ehh... nautika! Ok, sebenarnya pakcik memang langsung tidak ingat proses pembuatannya. X-D
  sentiasa berangan dapat naik ke kapal angkasa yang maha besar binaannya 😁 https://bit.ly/3bpVgme

Artis dalam pembikinan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. bagaimana dengan kesihatan anda hari ini? semoga anda dalam keadaan sihat dan ceria di samping keluarga tersayang. apa? anda tidak sayang keluarga anda? hmm.. anda harus lakukan sesuatu berkenaan perkara itu.. setelah sekian lama meninggalkan khidmat blog oleh blogger.com ini, maka saya mengambil tindakan untuk berbuat sesuatu. sekadar menghidupkan kembali fungsi sistem dan mempergunakannya untuk karya amatur saya. ini sebahagian dari projek "sekejap ada, sekejap tiada" artis Malaysia dalam bentuk lukisan vektor oleh saya. lukisan vektor ditekap dan disalin dari gambar asal yang terdapat di Gambarartis.blogspot.com tatacara ini mengambil masa saya sebenarnya, maklumlah masih di tahap amatur. jika ada kelapangan akan diwarnakan. sekianlah catatan yang tidak seberapa ini sekadar membungakan sedikit taman yang hampir layu ditelan zaman.