Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2007

Cik CT Kedai Foto Adobe

Salam salam. Pakcik pun tidak ingat bila tarikh sebenar pakcik buat 'Cik CT' melalui Kedai Foto Adobe ini. Yang pasti pakcik terjumpa selepas menggoda ehh... menggodek URL yang terbiar lama di blog 360.. Sebenarnya gambar Cik CT (sebelum bergelar DATUK, isteri & ...) ini hasil penjelmaan semula (wah! serupa cerita seram geli-gelilah pulak) menggunakan teknik dan taktik yang pakcik pun sudah lupa hasil janaan aplikasi grafik yang glam itulah. Gambar sebenar merupakan foto yang diambil hasil persembahan nyanyiannya. Kemudian dipotong-potong dan dikerat-kerat 18 bahagian (opsss!). Selepas itu dibiarkan semalaman dan diembunkan lalu ditoskan secara pusingan berirama 270 darjah arah selatan batu nantikau ehh... nautika! Ok, sebenarnya pakcik memang langsung tidak ingat proses pembuatannya. X-D

FAFAU

Salam.. Pakcik sebenarnya terlupa pasal kerja "ARTIS DALAM PEMBIKINAN" yang asyik tertangguh ini. Memang tidak berkesempatan hendak menyempurnakannya. Sehinggalah Encik Azhar sudi memberikan komen maka pakcik secara tiba-tiba bersemangat untuk meneruskan kembali catan digital FAFAU ini. Harap bersabarrrrrrrrr...