Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

Larangan Meminta-minta Mati

====================================== =                           * * *  Iklan  * * *                              ============================ ===== ===== = Photo like Painting @ http://oraet.com/ke/digipot Sample you can zoom @ http://oraet.com/ke/abcdg dihantar guna email dari ORAET!

Kosmo! Online - GenK

GENK Hassan asah bakat melukis Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my HASSAN menyiapkan beberapa karakter kartun. BERTEMU dengan figura tinggi lampai, Hassan Abd. Muthalib yang dianggap sifu dalam dunia animasi tanah air, banyak kisah menarik yang dikongsi bersama. Daripada kisah zaman kanak-kanak, remaja, dewasa dan sehinggalah kisah dalam meniti usia yang bakal mencecah 65 tahun 3 November ini, Hassan tidak pernah lupa kronologi pengalaman hidupnya. Malah, anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu juga tidak pernah malu mengaku bahawa dia bukan seorang pelajar yang cerdik ketika zaman sekolahnya. "Dulu masa kecil, saya selalu ingat saya bodoh sebab kawan-kawan yang lain semua pandai. Apa yang saya tahu cuma membaca buku dan novel Inggeris. Itu memang kegemaran saya. "Antaranya seperti Gulliver's Travel, Treasure Island, Tom Brown's School Days, The Adventures of Tom Sawyer, Sir Walter Raleigh dan sebagainya

mStar Online : Animasi Jepun Paling Bahaya Untuk Tontonan Kanak-Kanak

KOTA BARU: Filem Animasi Jepun adalah antara cakera video digital (DVD) yang dikesan paling bahaya untuk ditonton oleh kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda. Pengerusi Lembaga Penapis Filem, (LPF) Datuk Mohd Hussain Shafie berkata ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui mengenai bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka terhadap kandungan DVD dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak. "Banyak cerita animasi dari Jepun telah kita haramkan kerana walaupun ia merupakan cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa. "Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem