Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

FOKUS

Barangan yang ditempah sudah siap. Cuma perlu pungut dan hantar kepada pelanggan sepertimana yang dipesan tempoh hari. Segala dokumen berupa inbois dan borang pengesahan hantar siap disediakan. Hanya gerak hati dan gerak badan sahaja yang tinggal untuk melangsaikan kerja. Mesti bangun dari kerusi tidak empuk ini jika tidak kerja tertangguh lagi. Hmmm… Dapat panggilan telefon dari sahabat. Perlu bersedia mengasah pensel untuk kerja-kerja naik taraf papan permainan. Perlu lebih dimensi, lebih terkini, lebih ransangan, lebih itu.. lebih ini.. segalanya lebih agar penyedia dana lebih tertarik, menarik.. kau memang daboom.. Oh! Mesti fokus.. fokus.. fokus..