Skip to main content

Bakat luar biasa melangkaui usia

rencana dipetik dari Utusan Malaysia


Bakat luar biasa melangkaui usia


BILIK tidur Yong Khin yang penuh dengan lukisan dan disusun mengikut kreativiti serta cita rasa anak kecil ini.


"MAMA, puteri raja yang cantik mesti memiliki sepasang kaki yang panjang dan pinggang yang ramping, bukannya kaki yang gemuk macam ini," usik si kecil, Seow Yong Khin, 11, penuh manja kepada ibunya yang tekun memerhatikan anak kesayangannya melakar lukisan sambil meniarap di atas katil di bilik tidurnya.

Lukisannya yang kemas dan menarik, ditambah pula dengan pemilihan warna ceria serta bersesuaian, memang mampu membuat setiap mata teruja melihatnya.

Apa yang lebih membanggakan, Yong Khin tidak perlu meniru mana-mana karakter kartun yang pernah ditonton di televisyen atau dilihat di majalah sebaliknya semua dihasilkan mengikut daya imaginasi kreatifnya sendiri.

"Dia memang boleh membayangkan semua yang pernah dilihatnya dalam fikiran dan menzahirkannya secara 'hidup' di atas kertas.

"Bukan itu sahaja, Yong Khin juga tidak perlu pemadam atau melakar dengan pensil sebelum melukis kerana apa yang dihasilkan tepat dan sempurna seperti yang dia bayangkan," ujar ibunya, Sharon Seow, 47, bercerita penuh bangga tentang bakat yang dimiliki anak tunggalnya.

Selain lukisan karakter perempuan cantik, Yong Khin juga melukis gambar pemandangan, binatang serta apa saja objek yang menarik perhatian.

Malah Yong Khin juga pandai membuat karakter komik siap dengan dialognya sekali.

Peralatan yang digunakan si cilik ini hanya pensel warna, pen berdakwat basah, kertas lukisan dan pensel. Ada kalanya dia melukis menggunakan krayon dan warna air, semuanya mengikut kesesuaian lukisan yang mahu dihasilkan.

"Pensel warna Luna ini antara peralatan melukis yang paling saya sayangi. Semua peralatan ini ibu dan bapa saya yang belikan. Saya akan pastikan ia disimpan elok setiap kali selepas melukis, lagi pun saya memang tidak suka bilik yang berselerak," sampuk Yong Khin sambil menunjukkan set pensel warna yang dimaksudkan.

Penulis yang dijemput masuk ke bilik 'bujang' Yong Khin mengakui walaupun baru berusia 11 tahun kanak-kanak ini memang mempunyai cita rasa sendiri termasuk dalam menghias bilik.

Nyata dia juga seorang yang cukup berdisiplin. Semua barangan lukisannya tersusun kemas di satu sudut dalam bilik.

Selain bilik tersebut, penulis sempat meninjau segenap ruang di kediaman yang terletak di Subang Jaya, di mana setiap hasil lukisan Yong Khin berada di laman rumah, dinding ruang tamu, atas piano, dapur serta di dalam bilik.

Semuanya diletak dalam bingkai khas dan ada juga yang dilukis di atas potongan kayu mengikut cita rasa anak kecil ini.

Bakat seni yang ada dalam diri Yong Khin turut mendapat pengiktirafan apabila dia sering memenangi pertandingan lukisan yang dianjurkan pihak-pihak tertentu.

Semua hadiah dan piala kemenangan disimpan rapi oleh si ibu sebagai penggalak untuk si anak terus maju dengan minatnya dalam bidang seni lukis.

Melukis sejak bayi

"Yong Khin mula melukis ketika berusia dua tahun selepas saya memberinya pen dan kertas. Waktu itu dia beritahu saya dia melukis kapal terbang, sekali pandang menerusi bentuknya memang kita tahu ia kapal terbang.

"Kemudian dia melukis gambar saya dan bapanya, memanglah lukisan kanak-kanak berusia dua tahun tidak cantik, tapi saya boleh melihat bentuk wajah dengan mata, hidung dan mulut pada lukisan tersebut. Sejak dari itu saya sedar anak saya memang berbakat dalam bidang lukisan," ujar Sharon lagi.

Penulis sendiri dapat melihat bagaimana anak kecil ini menghasilkan lukisan dengan spontan terus menggunakan pensil warna dan lukisan yang menjadi kegemarannya ialah puteri dan istana magis.

Lukisan yang menjadi kegemaran anak kecil ini adalah watak perempuan. Yong Khin akan mempelbagaikan watak perempuan yang dilukisnya dengan menambah elemen seperti bunga, pedang, istana dan sebagainya.

"Saya suka melukis perempuan sebab ia cantik," jelas Yong Khin dengan senyuman nakal.

Jika diteliti watak kartun perempuan yang dilukisnya memang sempurna sifatnya dengan bermata bulat, pinggang ramping, bermulut kecil, kulit lembut dan cerah serta berpakaian seksi. Jika pada senario biasa hanya remaja dan orang dewasa yang boleh menghasilkan lukisan pada tahap begitu.

Seiring peningkatan usia, hasil seni Yong Khin semakin matang dan watak-watak kartun Disney seperti Cinderella, Snow Shite dan Sleeping Beauty boleh dilukis dengan spontan sahaja.

Menurut ibunya, Yong Khin boleh melukis hingga berjam-jam lamanya, adakalanya dia akan tertidur di atas lukisannya.

"Tapi jika dia tak ada mood melukis untuk hari itu, bermain permainan komputer menjadi pilihannya," jelas Sharon sambil mengerling kepada anak kesayangannya.

Berhenti kelas lukisan

Sebagai ibu yang prihatin, Sharon tidak mahu mengabaikan bakat yang ada pada Yong Khin, dia lantas mendaftarkan anaknya pada satu kelas seni yang ada di sekitar kediaman mereka tetapi malangnya Yong Khin tidak seronok belajar di dalam kelas tersebut kerana gurunya mengajar asas lukisan sahaja.

Sedangkan di ketika itu Yong Khin sudah mula mahir melukis gambar yang lebih standard jauh dari usianya.

"Memang saya tidak nafikan sesiapa sahaja yang berkunjung ke rumah kami dan melihat lukisan Yong Khin yang saya pamerkan akan tidak menyangka ia adalah lukisan dari seorang anak kecil.

"Sehingga kini terdapat lebih 1,000 koleksi lukisan Yong Khin yang saya kumpulkan dalam satu fail khas. Lukisan tersebut dikumpul seawal Yong Khin berusia tiga tahun," katanya sambil menunjukkan kepada penulis lukisan pertama Yong Khin yang tersimpan rapi di dalam sebuah album lama.

Yong Khin yang kini bersekolah di sekolah swasta turut berkongsi karyanya dengan guru dan rakan di sekolahnya.

Dia menghasilkan buku mewarna, buku nota, buku aktiviti semuanya dibuat dengan tangannya sendiri dan sebahagiannya dijual kepada kawan-kawan yang berminat.

"Sebagai ibu saya tidak mahu bakat yang ada pada anak saya terbiar begitu sahaja. Saya berharap akan ada pihak yang dapat membuka peluang kepada anak saya untuk mengetengahkan bakat melukis yang ada padanya.

"Saya yakin jika betul pada landasannya, anak saya akan berjaya sebagai seorang pelukis kerana hasil seninya memang luar biasa," ujar Sharon penuh yakin.

dihantar guna email dari emio's posterous

Comments

Popular posts from this blog

Gangguan Elektrik..

1992 ~ muda remaja masa ni..sedang mengajar di kelas komputer di KL 1996 ~ sedang pulang dari menikmati buah durian dgn menumpang kereta kawan.. 2003 ~ tidak terlibat..sbb berada di KL...cuma teringat 2 pengalaman '92 & '96 2005 ~ sedang cuba mengecas bateri telefon bimbit.. ingatkan 'power trip' sbb tu.. hwa hwa hwa!!! ...The country's biggest power disruption was in 1992 when the entire Peninsular was in darkness for about 48 hours. It was caused by lightning which damaged the grid in eastern Malaysia, crippling power stations in the peninsula. The incident which occurred on Sept 29 that year, affected 18 million people and caused losses to businesses amounting to RM220 million. The second biggest power breakdown was on Aug 3, 1996 . Dubbed the "Black Friday" because it happened on Friday, it caused "massive chaos" in city centres as it occurred at 5.17pm when most people, especially office workers, were on their way home. Many were caugh...

How to Charge for your Services

Copy from http://www.qassia.com/how-to-charge-for-your-services Are you a freelancer and wondering how to charge for your services? Some of us share their secrets of charging more for less! Please allow me to share my experiences on web development. There are lots of people I am sure would be interested to know the 'market price' or how much to charge for their services. I been setting up websites about 10 years ago, self thought. I am quite a lousy designer but I am quite good at modifying and better still at understanding what client wants. Today I no longer do web business but hire web developers to run my retail/distribution business. I use to charge RM2000-RM10000 per site. I do not care whether it is simple or difficult to handle but I calculate myself if I were to work 8 hours a day at a company, probably I'll get paid at RM 2500 a month so I work back my time. If I have to spend with a customer 40 hours a week developing, consulting the clients, I would charge R...

Tulisan Tangan..

Fuhh .. sudah lama rasanya tidak menulis dengan tangan... Setiap hari menaip di komputer sehingga jari jemari kadang-kala keras bila memegang pena untuk menulis panjang-panjang.. menarik hati pula melihat tulisan tangan sang penulis ini dengan adunan ejaan lama dan baru dicampur aduk lalu mencetuskan 'sesuatu' .. huhuhu ... masa berubah.. setiap masa ada sahaja yang berubah.. perubahan pantas atau perlahan mengikut masa.. Surah Al-'Asr - سورة العصر Dengar Surah Al-'Asr Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Demi Masa! ( Al-'Asr 103:1 ) |    | English Translation   | Tambah Nota   |  Bookmark Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - ( Al-'Asr 103:2 ) |    | English Translation   | Tambah Nota   |  Bookmark Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. ( Al-'Asr 103:3 ) |    | English Translatio...