Skip to main content

Ibrahim Anon menjawab..

EKSKLUSIF dipetik dari forum Pergh.com

Assalamualaikum.
Sedikit pembetulan merujuk kepada posting encik atuk.
-------------------------------------------------------------------------------
Saya merupakan BEKAS pekerja kepada saudara Ujang dan juga Dato' Moy.. walaupun kini tidak lagi berkidmat di MOY tapi saya merupakan org lama yang berkecimpung dalam industri ini sejak awal2 Kharisma Publication ditubuhkan dan kini di kenali sebagai MOY publication... SAYA SEORANG ARTIST DAN INI YANG SAYA TAHU.
(JWPN: SEJAK AWAL PENUBUHAN KHARISMA PUBLICATION PERBINCANGAN HANYA ANTARA SAYA/OSMAN YUSOF DAN MICHAEL LUM~Tidak ujud orang bernama ATUK.Staff saya ketika itu ialah-Kartunis aie-Graphic dan Saudara Arba)

    Terlalu banyak benda yang boleh diceritakan tapi kita juruskan tentang hak cipta nama.. adik2 tau tak berapa bayaran yang saudara ujang terima untuk pakai nama dia sebagai maskhead majalah..? tau tak.? hehe.. bukankah dalam urusniaga, bila persetujuan telah dimeterai, bayaran telah di buat, hak bertukar tangan..? ini adalah urusniaga yang mudah dan sah kan..? simple dan sah.. bak kata saudara 'TAWEL'.. nama kartunis kena jadikan harta intelek, tapi dalam hal ini ,dah jual.. saya rasa saudara tawel sendiri tau dengan sahnya hak maskhead telah bertukar tangan.. dan buat saudara ICESOUL, pencipta Superman tak mati dalam kemiskinan, dia dapat right masa siri Smallville jalankan pengembaraan untuk season 6.. dan bayaran untuk semua royalty dijangka makan tak habis hingga 87 tahun akan datang.. sekian sedikit info.. hehe..
(SEDIKIT INFO DARI SAYA YANG TUAN TIDAK TAHU: SAYA TIDAK MENJUAL COPYRIGHT `UJANG`-SAYA TELAH DRAFT 6 BACK TO BACK CONTRACT (SAYA BUAT DRAFT BERSAMA OSMAN YUSOF DI SKRIN&CO)DENGAN KHARISMA PUBLICATION/TETAPI SETELAH 3 TAHUN SAYA DAPATI CONTRACT ITU TELAH DI HILANGKAN//HANYA DRAFT SAHAJA-MALAH TIDAK STAMPING PUN(KELEMAHAN SAYA KERANA TIDAK BERTEGAS DALAM HAL INI)-DAN UNTUK ITU SAYA DI DI JANJIKAN 30% PROFIT SHARING)-JUGA TIDAK DI BAYAR SEPENUHNYA SELAMA 3 TAHUN)

   dan saya ternampak komen org yang mengaku bekerja di Kharisma dulu.. benci tengok muka en. Othman katanya .. sebab apa ye..? saudara kartunis ka..? mintak maaf cakap.. Ujang banyak bergaul dengan kami.. kami tahu..
(SILA NYATAKAN NAMA ANDA SECARA JUJUR)

    semasa penubuhan Majalah Ujang yang pertama, telah menjadi fenomena baru dan kami budak2 kampung yang ingin mencari rezeki dengan kelebihan yang Allah biaskan pada kami sangat seronok dan teruja.. dan di dalam isu no 1 itu juga ada kata2 pedas saudara Ujang mengutuk en Jaafar Taib, Bekas majikannya.. walaupun masih remaja tapi saya rasa seperti tidak sepatutnya saudara Ujang mengutuk org yg mendidiknya selama ini, memang la ada part yg tak puas hati, tapi cuba pikirkan yang baik, berprasangka baik, dalam tassawuf kan ada belajar benda ni .. tapi pada masa itu saudara ujang masik 'rock' jadi abaikan je la.. kami terus bergelak ketawa melihat contengan saudara Ujang dan pantun dua keratnya.. 'budak2 pegi sekolah, pegi sekolah naik basikal, budak2 balik sekolah, balik sekolah pun naik basikal.. pantun hampeh..' antara hari2 yang indah di kharisma publications... ( semuanya masih kukuh dalam ingatan)
(SAYA MENGAKUI KESILAPAN SAYA DAN SAYA SUDAH BERTEMU ENCIK JAAFAR TAIB DAN MEMOHON MAAF SECARA BERDEPAN-SELEPAS ITU HUBUNGAN KAMI BAIK SEPERTI SEDIAKALA HINGGA SEKARANG  SEBAGAIMANA YANG DI SARANKAN OLEH ISLAM)

       Dalam Carta organisasi Kharisma Publication masa tu, Boss no 1 adalah Michael Lam, atau dikenali sebagai pak lam ( dia ni cina indonesia tu sebab panggil PAK), bos no 2 en. Othman Yusof, dan pengarah penerbitan adalah saudara Ujang a.k.a Ibrahim Anon, Bukan Ibrahim Md Noor ye saudara penulis akhbar... Di pendekkan cerita en.Othman telah KELUAR dari Kharisma.. ye betul.. telah KELUAR dari kharisma sebab ada perselisihan faham dengan Pak Lam.. selepas beberapa lama en Othman keluar, saudara Ujang memanggil semua kartunis dan membuat pakatan meninggalkan Kharisma Publication.. budak 2 yang masih hingusan menurut sahaja dan kami ada bertanya.. keluar pastu nak buat apa..? Jawab saudara Ujang, kita buat majalah lain, semua terlibat.. biar majalah Ujang lingkup.. ( kalau masa tu dia nak lingkupkan majalah Ujang, majalah nama dia sendiri, kenapa sekarang nak tuntut pulak..? bukan dulu dia kata nak kasi lingkup ke..?)
(HARAP MAAF~DEMI ALLAH SAYA MEMULAKAN MAJALAH BARU SETELAH Chairman MICHAEL LUM MENGISTIHARKAN KHARISMA PUBLICATION DI TUTUP~KETIKA ITU BUDAK2 KARTUNIS SUDAH 2 BULAN TAK DAPAT GAJI)

       Sebab2 berlaku penghijrahan, terus terang saya mengatakan, saudara ujang pada masa itu telah berubah dan tekun menjalankan apa yang di amanahkan Allah pada kita.. cara pertuturan, dan pakaian sangat sejuk mata memandang... kerana itu dia nak keluar kerana majalah Ujang tidak mencerminkan diri dia yang telah berubah.. jadi dia nak bukak majalah baru yang berciri keagamaan.. LANUN  ( sebenarnya keluar varia lawak dulu sebelum jadi lanun tapi panjang cerita aaa.. ringkaskan je la..)

              Sebagai Budak kampung, saya bersyukur kerana di kurniakan ayah yang menekankan hal agama dalam diri.. inilah bekalan yang paling elok untuk merantau.. insyaallah Allah akan lindungi... Apabila mendengar saudara Ujang hendak menerbitkan majalah keagamaan, saya bersyukur dan gembira... tapi semasa hari 'penghijrahan ' itu, kami di minta meng'angkut' semua artwork2 kami yang telah di bayar oleh kharisma publication.. Kenapa macam ni..? bukankah artwork kami itu telah di bayar sepenuhnya oleh pihak syarikat, maknanya HAK syarikat.. bukan hak kami, bukan hak saudara Ujang.. Kenapa MENCURI?

(PROFIT SHARING SAYA 30% TIDAK DI BAYAR SELAMA 3 TAHUN~SILA KIRA SENDIRI HARGA MAJALAH X386 RIBU NASKAH SEBULAN-BERAPA JUMLAH YANG PERLU DI BAYAR OLEH KHARISMA PUBLICATION KEPADA SAYA UNTUK TEMPOH 3 TAHUN.JIKA SEKEPING ARTWORK BEHARGA RM1 RIBU SEKALI PUN MASIH BELUM CUKUP UNTUK MENAMPUNG APA YANG KHARISMA TERHUTANG PADA SAYA)

Bukankah saudara Ujang telah berubah..? tapi sebagai pengikut yang masih setia, kami turutkan... airmata saja mengiringi perbuatan saya dan rakan2 pada masa itu.. dan selama bertahun- tahun  juga kami semua diamkan.. harap tuhan ampunkan dosa kami ketika itu... ampuni dosa kami yang bersubahat mencuri HAK orang lain....
(SAYA LEBIH MEMAHAMI HAKIKAT SEBENAR APA YANG TERJADI DAN SAYA BERSEDIA MENANGGUNG DI AKHIRAT SEKRANYA SAYA DI PIHAK YANG BENAR)

Seterusnya jika ada sebarang kemusykilan sila jumpa saya sendiri atau tel:012-974 7995.

`Insyaallah~Lambat laun kebenaran akan terbukti dan saya tetap sabar menunggu hingga ke akhir hayat`
Wassalam~Maaf jika ada terkasar bahasa.Assalamualaikum.

dihantar guna web dari ORAET!

Comments

Popular posts from this blog

  sentiasa berangan dapat naik ke kapal angkasa yang maha besar binaannya 😁 https://bit.ly/3bpVgme

mStar Online : Animasi Jepun Paling Bahaya Untuk Tontonan Kanak-Kanak

KOTA BARU: Filem Animasi Jepun adalah antara cakera video digital (DVD) yang dikesan paling bahaya untuk ditonton oleh kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda. Pengerusi Lembaga Penapis Filem, (LPF) Datuk Mohd Hussain Shafie berkata ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui mengenai bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka terhadap kandungan DVD dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak. "Banyak cerita animasi dari Jepun telah kita haramkan kerana walaupun ia merupakan cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa. "Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem

PATHOS... menarik sungguh kupasan ini

salinan asal dari catatan  Kempen sudah masuk... Wan Ahmad Fayhsal  · 795 followers 6 hours ago  ·    Kempen sudah masuk "Final Lap". Semua orang letih, baik politikus dan rakyat. Maklumlah, dalam politik makanan ruhani sikit sangat. Maka teknik propaganda yang paling berkesan pada saat-saat ini ialah, seperti dijelaskan Aristotle ialah PATHOS - yakni "manipulasi emosi" pengundi.   Ada 2 jenis PATHOS: Negatif dan Positif. Maka tersebarlah gambar-gambar kepala ayam berdarah kena campak pada kereta calon, gambar-gambar muka tuan guru diqiaskan dengan gambar babi, gambar jenazah, takut-takutkan hudud oleh MCA dan macam-macam lagi.  Semua ini bertujuan untuk memangkinkan lagi rasa marah (dan takut) yang membuak-buak agar pengundi terdorong untuk terus membuat keputusan atas pertimbangan emosi kemarahan.  Marah pun ada dua jenis. Jenis "gedebe" tak terkawal - sepertimana yang tesirat dalam bidalan Melayu - "Marahkan Nyamuk, Kelambu di Bakar". Dan je