Skip to main content

PATHOS... menarik sungguh kupasan ini

salinan asal dari catatan Kempen sudah masuk...

Wan Ahmad Fayhsal · 795 followers

6 hours ago ·  

  • Kempen sudah masuk "Final Lap". Semua orang letih, baik politikus dan rakyat. Maklumlah, dalam politik makanan ruhani sikit sangat. Maka teknik propaganda yang paling berkesan pada saat-saat ini ialah, seperti dijelaskan Aristotle ialah PATHOS - yakni "manipulasi emosi" pengundi.

     

    Ada 2 jenis PATHOS: Negatif dan Positif.

    Maka tersebarlah gambar-gambar kepala ayam berdarah kena campak pada kereta calon, gambar-gambar muka tuan guru diqiaskan dengan gambar babi, gambar jenazah, takut-takutkan hudud oleh MCA dan macam-macam lagi. 

    Semua ini bertujuan untuk memangkinkan lagi rasa marah (dan takut) yang membuak-buak agar pengundi terdorong untuk terus membuat keputusan atas pertimbangan emosi kemarahan. 

    Marah pun ada dua jenis. Jenis "gedebe" tak terkawal - sepertimana yang tesirat dalam bidalan Melayu - "Marahkan Nyamuk, Kelambu di Bakar".

    Dan jenis yang dituntut dalam skema 4 Dasar Akhlakiah Islam (Ummahāt al-Faḍāʾil - Four Cardinal Virtues) yakni ʿIffah (Temperance).

    Kurang atau lebih yakni tidak seimbang, maka kemarahan tersebut akan dipandu nafsu haywaniyyah semata (animal soul) yang telah menekan (suppress/subjugate) nafsu natiqah (rational soul). Sudah tentu natijah ketidak seimbangan sebegini dapat disingkap daripada bidalan Melayu - "Sudah Terhantuk Baru Tergadah" dan "Menang Sorak, Kampung Tergadai" juga "Menang jadi Arang, Kalah jadi Abu".

    Ilmu Akhlaq dalam Islam ialah bertujuan untuk mengimbangi keempat-empat dasar tersebut ( 3 daripadanya ialah Shajāʿah [Courage/Keberanian], Ḥikmah [Wisdom], dan ʿAdl [Justice]).

    Jenis PATHOS yang positif, haaa, macam yang tersebar luas dalam Facebook - gambar Kak Dr. Wan Azizah dengan keluarga, anak-anak serta suami tercinta Dato' Seri Anwar Ibrahim. Memori silam yang mesra antara suami isteri dan anak-anak, cukup-cukup menggamit emosi sesiapa yang melihatnya. 

    Begitu juga akan tersebarlah gambar-gambar munajat Tok Guru Nik Aziz, gambar-gambar dan video-video "Flash Mob" amilin-amilin PAS yang menyemarakkan dan menagih simpati rakyat. 

    Malah BN juga dengan kantung wang yang banyak begitu deras melagukan "Sayangi Selangor, Yakini BN" sampai terngiang-ngiang dalam benak kepala rakyat yang naik Komuter, LRT. 

    Sehebat mana pun propaganda ini - baik BN atau PR - dari segi penghujahan ianya tidak dapat ditegakkan secara mantiqi malah semua ini dikira sebagai LOGICAL FALLACY (al-Mughālaṭah al-Manṭiqiyyah) jenis "Argumentum ad Passiones" ('Appealing to Emotions'/ Iltimās al-Mashāʿir). 

    Pada masa yang sama LOGOS (Appeal to Logic) dan ETHOS (Appeal to Ethics) turut dimain-mainkan tetapi dengan cara yang bersifat tempangan - selalu diberatkan kepada diri dan pihak sendiri seolah-olah semuanya BERES, WARAS dan CANTIk belaka.

    Dan yang paling banyak terhumban dalam kancah ini ialah orang Melayu. Sebab apa? Sebab orang Melayu jiwanya halus dan lembut. Kerangka Berfikir (Cognitive Framework) orang Melayu terpusat pada Budi dan Hati yang juga sering diberatkan pada emosi berbanding aqliyyah. Cepat marah, cepat kasihan, cepat sangat apologetik.

    Antara parti yang paling efektif menguruskan kelebihan ini ialah DAP. Dalam sifir politik mereka, "efficiency" adalah prinsip yang jelas dan "they really means business."

    Sebab itu DAP mampu pertahankan prinsip dan dasar mereka dalam tawar-menawar dengan PAS dan PKR. Mungkin ianya terbit daripada sifat "Kiasu" mereka (dalam erti kata positif yang membawa maksud asal "scared to lose") dan mereka akan cepat-cepat intai dan ambil peluang yang ada agar emosi dan sokongan rakyat beralih kepada mereka tanpa sebarang syak lagi - macam kesnya keberjayaan mereka bermain Wayang Cina sampai Tuan Guru Nik Aziz boleh merumuskan perkongsian logo untuk bertanding PRU sebagai " AKHIRNYA ROKET MENDARAT KE BULAN!"

    That's really a coup for a chauvinist and deeply secular party! How gullible the Malay psyche is!

    Sebab itu bila ada pihak ketiga macam ISMA yang cuba menongkah arus, cepat benar ditohmah, diherdik dan dihubungkan dengan UMNO sebagai satu bentuk "LOGICAL FALLACY" yang dipanggil "GUILTY BY ASSOCIATION".

    Maka berpecah-pecahlah Melayu dalam hendak mengundi kini. 

    Apa-apa pun nikmatilah drama kemanusiaan ini dalam masa yang masih berbaki ini. Lepas PRU, semua propaganda ini "will be nullified" secara automatik kerana disitulah ujian WALK THE TALK akan bermula - dan rakyat akhirnya akan sedar autoriti utama bukan pada pundak politikus tetapi ILMUWAN YANG BENAR. 

    Wallahua'alam

Comments

Popular posts from this blog

  sentiasa berangan dapat naik ke kapal angkasa yang maha besar binaannya 😁 https://bit.ly/3bpVgme

mStar Online : Animasi Jepun Paling Bahaya Untuk Tontonan Kanak-Kanak

KOTA BARU: Filem Animasi Jepun adalah antara cakera video digital (DVD) yang dikesan paling bahaya untuk ditonton oleh kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda. Pengerusi Lembaga Penapis Filem, (LPF) Datuk Mohd Hussain Shafie berkata ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui mengenai bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka terhadap kandungan DVD dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak. "Banyak cerita animasi dari Jepun telah kita haramkan kerana walaupun ia merupakan cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa. "Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem