Skip to main content

Kosmo! Online - GenK

GENK

Hassan asah bakat melukis

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

HASSAN menyiapkan beberapa karakter kartun.

BERTEMU dengan figura tinggi lampai, Hassan Abd. Muthalib yang dianggap sifu dalam dunia animasi tanah air, banyak kisah menarik yang dikongsi bersama.

Daripada kisah zaman kanak-kanak, remaja, dewasa dan sehinggalah kisah dalam meniti usia yang bakal mencecah 65 tahun 3 November ini, Hassan tidak pernah lupa kronologi pengalaman hidupnya.

Malah, anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu juga tidak pernah malu mengaku bahawa dia bukan seorang pelajar yang cerdik ketika zaman sekolahnya.

"Dulu masa kecil, saya selalu ingat saya bodoh sebab kawan-kawan yang lain semua pandai. Apa yang saya tahu cuma membaca buku dan novel Inggeris. Itu memang kegemaran saya.

"Antaranya seperti Gulliver's Travel, Treasure Island, Tom Brown's School Days, The Adventures of Tom Sawyer, Sir Walter Raleigh dan sebagainya yang sangat menyeronokkan," kata Hassan mula membaca novel berbentuk pengembaraan dan satira politik itu pada usia 12 tahun.

Lantaran minat membaca yang begitu mendalam, Hassan tidak ketinggalan memohon menjadi ahli United States Information Servives (USIS) yang memiliki perpustakaan dengan pelbagai bahan bacaan berbahasa Inggeris.

Hassan juga memilih menjadi pustakawan di Sekolah Menengah Georgetown yang membolehkannya menghabiskan sebuah buku setiap hari di perpustakaan selama dua hingga tiga jam.

Pada waktu itu juga, dia mula mendekatkan diri dengan hobi melukis sejak melihat gambar-gambar pemandangan yang indah di dalam buku yang dibacanya.

Belajar melukis

"Dari situ, saya mula belajar melukis sendiri dengan meniru gambar yang ada. Ia dilakukan tanpa bantuan sesiapa pun. Selepas ia siap, saya langsung tidak menganggap lukisan itu cantik, sebaliknya saya mahu terus melukis dengan baik.

"Namun, seorang guru bernama Zubaidah Maidin sering meminta saya membuat satu lukisan bersaiz besar untuk dipaparkan dan dijadikan contoh di kelasnya. Dia selalu memuji lukisan saya cantik dan menarik," imbau Hassan mengenai detik awalnya bergelar pelukis walaupun tidak mempunyai bakat semula jadi.

Sejak itu, Hassan tidak pernah lekang dengan lukisan. Setiap kali keluar, pasti ada gambar pemandangan dan persekitaran yang dilukisnya.


HASSAN (dua dari kiri) mengajar teknik penghasilan animasi pada tahun 1985 di New Delhi, India.

Situasi itu tidak digemari ibu Hassan, Abu Bakar Meera yang menganggap melukis tidak menjamin masa depan yang baik.

"Saya masih ingat lagi mak berkata bahawa melukis tidak mampu untuk memberi saya makan. Jadi macam mana saya nak hidup. Tetapi, Alhamdulillah kerana kerjaya inilah saya mampu menyara keluarga dan mencari rezeki yang halal," tegas anak sulung daripada lapan adik beradik.

Bagaimanapun, dek kerana terlalu banyak menumpukan perhatian pada lukisan dan membaca novel, Hassan gagal dalam peperiksaan Malaysia Certificate Examination (MCE) atau kini lebih dikenali sebagai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diduduki pada tahun 1963.

Keputusan Hassan itu merupakan paling teruk dalam sejarah sekolahnya tetapi pada masa yang sama dianggap pelik. Daripada sembilan subjek yang diambil, beliau hanya lulus dua subjek iaitu Bahasa Inggeris dengan keputusan cemerlang A1 dan Lukisan, C3.

Selepas tamat sekolah, Hassan diterima bekerja sebagai juruhias barangan pameran di Robinsons Department Store, Kuala Lumpur pada tahun 1964. Di situlah bermulanya pembabitan Hassan dalam bidang animasi.

Tiga tahun kemudian, Hassan bertekad menduduki semula MCE dan lulus semua subjek. Berbekalkan kelulusan tersebut, Hassan memohon untuk bekerja di Filem Negara pada tahun 1964.

Ternyata rezeki menyebelahinya. Daripada sepuluh calon yang ditemuduga, hanya Hassan terpilih bekerja sebagai artis grafik.

Hassan yang pernah memperlajari tarian Melayu asli mengakui dia terkejut bercampur gembira kerana berjaya dalam temuduga. Namun, Wong Khye Weng iaitu penerbit bersekutu dan pelopor animator di Filem Negara memberitahunya ada tiga sebab Hassan dipilih.

Pelukis diseganiPertama, kerana fasih berbahasa Inggeris; kedua, beliau buat kerja yang tidak pernah mereka dengari dan ketiga, Hassan tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang lukisan, sebaliknya belajar sendiri.

Keistimewaan itulah yang menjadikan Hassan lain daripada yang lain sekali gus berjaya sebagai pelukis animasi yang disegani di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Pada tahun 1970-an, Ketua Pengarah Filem Negara, John Nettleton mengarahkan Hassan dan kumpulan animator pelopor Filem Negara mengendalikan animasi perkhidmatan awam seperti kempen antidadah, cegah Aedes, Kisah Sang Kancil dan filem-filem pendek thriller untuk sambutan Krismas dan banyak lagi.

"Animasi pertama yang saya buat merupakan tiga ekor unta yang berjalan dan bintang berkelip. Dalam bahasa perlambangan atau filem, bintang bermaksud takdir.

"Rupa-rupanya telah ditakdirkan bahawa saya akan bergelar animator, cita-cita yang tidak pernah terlintas di fikiran sewaktu kecil," kata bapa kepada tiga cahaya mata itu yang pernah diundang berceramah di London untuk mereka yang terdiri daripada lulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang animasi.

Seiring peredaran masa, Hassan mengakui teknologi penghasilan animasi juga semakin canggih kerana dibantu oleh sistem komputer.

Justeru, kerja menjadi lebih mudah berbanding zaman dahulu . Misalnya, untuk mendapatkan sesuatu pergerakan, animator perlu melukis sekurang-kurangnya 12 keping lukisan.

Hassan sempat menitipkan kata-kata nasihat kepada penggiat industri perfileman masa kini yang dilihatnya begitu ghairah berkarya semata-mata untuk mendapatkan keuntungan, tetapi melupakan aspek jati diri Melayu.

"Biarlah filem kita mempunyai paradi (memperkatakan sesuatu) tentang bangsa dan negara, barulah sifatnya hidup sebagai filem. Jika tidak ia hanya dipanggil wayang iaitu hiburan kosong.


JIKA ada kelapangan, Hassan (berdiri kanan) akan keluar untuk mengambil gambar pemandangan.

"Kita juga perlu ingat, apa jua karya mesti membawa pemikiran walaupun ia berbentuk hiburan. Apa yang saya lihat, sejak sepuluh tahun kebelakangan ini, imej Melayu cukup buruk di skrin layar.

"Dilema ini yang perlu diatasi agar keperibadian Melayu tidak akan hilang ditelan zaman," tegasnya sambil memberitahu mereka yang berminat dengan seni perlu menyelami kosmologi alam Melayu kerana alam spiritual itu amat penting sebagai penentu hala tuju mereka dalam bidang tersebut.

Kini, Hassan bertindak sebagai tenaga pengajar dan Karyawan Tamu Kanan di Fakulti Artistik dan Teknologi Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam selain menjadi pensyarah sambilan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Pernah berkursus animasi di FINAS tahun 1995 bergurukan Tuan Hassan. Terima kasih Tuan.

dihantar guna email dari ORAET!

Comments

Popular posts from this blog

  sentiasa berangan dapat naik ke kapal angkasa yang maha besar binaannya 😁 https://bit.ly/3bpVgme

mStar Online : Animasi Jepun Paling Bahaya Untuk Tontonan Kanak-Kanak

KOTA BARU: Filem Animasi Jepun adalah antara cakera video digital (DVD) yang dikesan paling bahaya untuk ditonton oleh kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda. Pengerusi Lembaga Penapis Filem, (LPF) Datuk Mohd Hussain Shafie berkata ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui mengenai bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka terhadap kandungan DVD dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak. "Banyak cerita animasi dari Jepun telah kita haramkan kerana walaupun ia merupakan cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa. "Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem

PATHOS... menarik sungguh kupasan ini

salinan asal dari catatan  Kempen sudah masuk... Wan Ahmad Fayhsal  · 795 followers 6 hours ago  ·    Kempen sudah masuk "Final Lap". Semua orang letih, baik politikus dan rakyat. Maklumlah, dalam politik makanan ruhani sikit sangat. Maka teknik propaganda yang paling berkesan pada saat-saat ini ialah, seperti dijelaskan Aristotle ialah PATHOS - yakni "manipulasi emosi" pengundi.   Ada 2 jenis PATHOS: Negatif dan Positif. Maka tersebarlah gambar-gambar kepala ayam berdarah kena campak pada kereta calon, gambar-gambar muka tuan guru diqiaskan dengan gambar babi, gambar jenazah, takut-takutkan hudud oleh MCA dan macam-macam lagi.  Semua ini bertujuan untuk memangkinkan lagi rasa marah (dan takut) yang membuak-buak agar pengundi terdorong untuk terus membuat keputusan atas pertimbangan emosi kemarahan.  Marah pun ada dua jenis. Jenis "gedebe" tak terkawal - sepertimana yang tesirat dalam bidalan Melayu - "Marahkan Nyamuk, Kelambu di Bakar". Dan je