Skip to main content

mStar Online : Animasi Jepun Paling Bahaya Untuk Tontonan Kanak-Kanak

KOTA BARU: Filem Animasi Jepun adalah antara cakera video digital (DVD) yang dikesan paling bahaya untuk ditonton oleh kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda.

Pengerusi Lembaga Penapis Filem, (LPF) Datuk Mohd Hussain Shafie berkata ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui mengenai bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka terhadap kandungan DVD dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak.

"Banyak cerita animasi dari Jepun telah kita haramkan kerana walaupun ia merupakan cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa.

"Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Cawangan Kelantan di sini hari ini.

Dialog berkenaan merupakan kali pertama diadakan LPF di negeri ini yang turut dihadiri wakil dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan dan menghimpunkan beberapa penerbit, pengedar dan penjual VCD dan DVD di negeri ini.

Tanpa menyebut jumlah animasi yang telah diharamkan katanya lebih membimbangkan apabila kebanyakan filem animasi yang dibawa masuk ke negara ini mempunyai beberapa siri atau episod yang panjang.

Ini menyebabkan pihaknya terpaksa membuat penelitian yang lebih bagi memastikan tiada kandungan yang tidak sesuai dalam setiap episod yang dikeluarkan, kata Mohd Hussain.

"Masalahnya, cerita animasi dari Jepun ini panjang sirinya, berpuluh-puluh episod, kadang-kadang dalam satu atau dua episod kandungannya yang kita tengok semuanya okey, tetapi masuk episod keenam baru ada adegan buka-membuka (baju), ini yang bahaya," katanya.

Sambil menyuarakan kebimbangan terhadap penghasilan animasi sebegitu beliau berkata pihaknya terpaksa mengambil tindakan mengharamkan animasi yang terlalu berisiko untuk ditontoni kanak-kanak dan didapati tidak dapat disunting.

"Kalau ada benda yang tak boleh dipotong maka kita akan haramkan kesemua siri atau episod berkenaan dari disiarkan," katanya.

Mohd Hussain bagaimanapun berkata, sikap segelintir ibu bapa atau penjaga yang terlalu mengambil mudah dan menggantikan kesibukan masa mereka untuk anak-anak dengan membelikannya pemain VCD dan cerita-cerita animasi untuk tontonan, menyebabkan ramai kanak-kanak yang masih terdedah menonton animasi yang boleh merosakkan minda.

"Apa yang terbaik adalah ibu bapa atau penjaga itu sendiri mengawal dan menjaga apa yang ditontoni anak-anak mereka, kalau beli animasi lihatlah dulu kandungan animasi itu sebelum berhasrat untuk membenarkan anak-anak menontonnya," katanya.

Selain itu Mohd Hussain menegaskan tapisan yang dibuat LPF bagi sebarang filem di negara ini bukan kerana mahu menyekat hak masyarakat untuk menonton filem-filem berkenaan tetapi ia lebih kepada menjaga kepentingan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai agama, golongan dan usia di negara ini.

Menyifatkan tapisan filem yang dibuat pihaknya seumpama undang-undang jalan raya yang perlu dipatuhi oleh semua pihak, beliau berkata ia dibuat untuk keselamatan dan kesan jangka panjang terhadap perkara baik dan buruk yang akan membentuk masyarakat daripada apa yang ditontoni. - BERNAMA

Emio Suhaimi Sulaiman Ada ruang untuk animasi tempatan, tetapi kekangan kewangan jadi faktor halangan dalam memangkin industri ini untuk berjaya dalam masa terdekat.. ada betul tidak Tuan Mohd Zahir Zainal Abidin, Najat Affendy Dzulkifly dan lain² sahabat?
mStar Online : Animasi Jepun Paling Bahaya Untuk Tontonan Kanak-Kanak
mstar.com.my
KOTA BARU: Filem Animasi Jepun adalah antara cakera video digital (DVD) yang dikesan paling bahaya untuk ditonton oleh kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda.
25 minutes ago (Yesterday at 23:58) · Comment · LikeUnlike · Share

*
*
*
o
Taka Ra Tak payah sibuk2 nak cari salah animasi luar. Benda dalam negara sendiri pun dah cukup untuk melingkupkan pikiran kanak-kanak/penonton tv
20 minutes ago (00:04) · UnlikeLike · 1 personLoading...
o
Emio Suhaimi Sulaiman hahaha.. abe taka meme tera..
18 minutes ago (00:06) · LikeUnlike
o
Taka Ra eh, jangan la likes, malu i tawww
18 minutes ago (00:06) · LikeUnlike
o
Khir Ariffin Jika kita jadikan wang sebagai penghalang maka kita hanya akan berada ditahap yg sama. Buat sesuatu dahulu dan wang akan datang. Lakukan kejayaan kecil, kejayaan besar akan menyusul.
18 minutes ago (00:06) · UnlikeLike · 1 personLoading...
o
Emio Suhaimi Sulaiman Aiseyy tuan khir.. betul gak poin tu.. cakap byk..buat tidak pun tak leh gak.. huhuhu..
16 minutes ago (00:08) · Like

dihantar guna email dari ORAET!

Comments

Popular posts from this blog

Gangguan Elektrik..

1992 ~ muda remaja masa ni..sedang mengajar di kelas komputer di KL 1996 ~ sedang pulang dari menikmati buah durian dgn menumpang kereta kawan.. 2003 ~ tidak terlibat..sbb berada di KL...cuma teringat 2 pengalaman '92 & '96 2005 ~ sedang cuba mengecas bateri telefon bimbit.. ingatkan 'power trip' sbb tu.. hwa hwa hwa!!! ...The country's biggest power disruption was in 1992 when the entire Peninsular was in darkness for about 48 hours. It was caused by lightning which damaged the grid in eastern Malaysia, crippling power stations in the peninsula. The incident which occurred on Sept 29 that year, affected 18 million people and caused losses to businesses amounting to RM220 million. The second biggest power breakdown was on Aug 3, 1996 . Dubbed the "Black Friday" because it happened on Friday, it caused "massive chaos" in city centres as it occurred at 5.17pm when most people, especially office workers, were on their way home. Many were caugh...

How to Charge for your Services

Copy from http://www.qassia.com/how-to-charge-for-your-services Are you a freelancer and wondering how to charge for your services? Some of us share their secrets of charging more for less! Please allow me to share my experiences on web development. There are lots of people I am sure would be interested to know the 'market price' or how much to charge for their services. I been setting up websites about 10 years ago, self thought. I am quite a lousy designer but I am quite good at modifying and better still at understanding what client wants. Today I no longer do web business but hire web developers to run my retail/distribution business. I use to charge RM2000-RM10000 per site. I do not care whether it is simple or difficult to handle but I calculate myself if I were to work 8 hours a day at a company, probably I'll get paid at RM 2500 a month so I work back my time. If I have to spend with a customer 40 hours a week developing, consulting the clients, I would charge R...

Tulisan Tangan..

Fuhh .. sudah lama rasanya tidak menulis dengan tangan... Setiap hari menaip di komputer sehingga jari jemari kadang-kala keras bila memegang pena untuk menulis panjang-panjang.. menarik hati pula melihat tulisan tangan sang penulis ini dengan adunan ejaan lama dan baru dicampur aduk lalu mencetuskan 'sesuatu' .. huhuhu ... masa berubah.. setiap masa ada sahaja yang berubah.. perubahan pantas atau perlahan mengikut masa.. Surah Al-'Asr - سورة العصر Dengar Surah Al-'Asr Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Demi Masa! ( Al-'Asr 103:1 ) |    | English Translation   | Tambah Nota   |  Bookmark Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - ( Al-'Asr 103:2 ) |    | English Translation   | Tambah Nota   |  Bookmark Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. ( Al-'Asr 103:3 ) |    | English Translatio...