Skip to main content

Projek Antologi Komik-M - AKU, KAU & KOMIK

Projek Antologi Komik 
AKU, KAU & KOMIK 

Pengenalan
Sebagai peminat komik, tentu terlalu banyak kenangan manis, pahit, masam, masin dan bermacam jenis rasa yang anda lalui sepanjang anda 'bersama' komik-komik kegemaran. Tanpa mengira siapa diri anda sekarang ini, sama ada anda pelukis, pembaca, pembeli, penjual, pengumpul, peminjam ataupun penganalisis komik, kenangan-kenangan semenjak kecil sehingga ke saat ini bersama komik sudah tentu masih kukuh terpahat di sanubari. 

Lebih-lebih lagi memori sewaktu berada di alam persekolahan bersama-sama para rakan, guru dan masyarakat sekolah lainnya pasti lebih melekat di hati. Justeru, apa kata kita kongsikan pengalaman itu bersama teman-teman peminat komik yang lain. Mungkin apa yang anda lalui, pernah dilalui juga oleh mereka. Boleh jadi juga pengalaman anda sangat menarik dan unik daripada apa yang dilalui oleh insan-insan yang lain. 

Apa saja kisah pengalaman anda, Komik-M dengan segala hormatnya menjemput anda semua berkongsikan kisah-kisah itu dalam bentuk komik.

Antologi Komik AKU, KAU & KOMIK
- Komik ini bakal menghimpunkan 10 komik dalam satu buku.
- Setiap kisah/komik berjumlah 10 muka surat dalam format hitam & putih/greyscale.

Objektif Penerbitan Komik Ini
- Membuka peluang kepada warga PERGH.COM, PeKOMIK dan sesiapa sahaja bagi menzahirkan bakat masing-masing menghasilkan komik.
- Berkongsi pengalaman positif mengenai komik.
- Menjernihkan persepsi negatif masyarakat terhadap komik terutamanya di kalangan ibu bapa dan guru.
- Memberi konsep dan gambaran sebenar mengenai fungsi dan peranan komik dalam kehidupan seharian.

Konsep / Tema / Jenis Komik
- Apa sahaja cerita yang mempunyai hubungan kait antara komik dan sekolah akan diterima. Tidak semestinya kisah benar ataupun pengalaman sendiri sahaja yang boleh dibuat. Kisah rekaan juga boleh dihasilkan asalkan kreatif, menarik dan ada kaitan dengan komik.
- Apa sahaja jenis gaya lukisan juga diterima selagi tidak melanggar batasan syariat dan polisi syarikat.
- Watak dan cerita mesti mencerminkan unsur-unsur kemalaysiaan tanpa mengira tempat dan zaman cerita itu berlaku.


Penyertaan
- Penyertaan individu atau berkumpulan diterima
- Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira umur, bangsa, agama, paras rupa, keturunan dan darjat.
- Setiap penyertaan mesti dihantar bersama borang yang dilampirkan.(Muat turun di sini)
- Bagi memudahkan urusan, peserta digalakkan menghantar proposal terlebih dahulu.
- Secara asasnya proposal tersebut hanya perlu mengandungi sinopsis keseluruhan cerita dan rekaan setiap watak secara terperinci.
- Ini bertujuan mengelakkan kadar 'reject' apabila komik tersebut terus dihasilkan tanpa dilihat sampelnya terlebih dahulu.
- Hanya penyertaan 10 terawal dan terbaik sahaja yang diterima.
- Proposal / Komik boleh dihantar terus ke pejabat Komik-M di alamat :

KOMIK-M (Aku, Kau & Komik)

No 9-1 & 11-1, Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati,
53300 Kuala Lumpur

atau emelkan (format JPEG atau TIFF pada resolusi 300dpi ke atas) kepada :
wanzu@pts.com.my atau alif@pts.com.my

- Tarikh tutup penghantaran proposal adalah pada 21 September 2009


Bayaran, Hak Milik & Hak Cipta
- Bagi projek ini, sistem bayaran yang digunakan adalah secara lump sum.
- Bayaran per satu muka surat komik adalah RM50. Bagi keseluruhan satu komik adalah RM500 (RM50 x 10)
- Namun, kadar bayaran boleh berubah mengikut tahap kualiti lukisan (mungkin kurang ataupun lebih daripada RM50 per muka surat).
- Hak cipta dan hak milik watak & komik dipegang oleh Komik-M.

Sebarang kemusykilan boleh diajukan kepada :
wanzu@pts.com.my atau alif@pts.com.my

Jadi, tunggu apa lagi? Marilah bersama-sama menghasilkan komik!

dihantar guna email dari emio's posterous

Comments

Popular posts from this blog

  sentiasa berangan dapat naik ke kapal angkasa yang maha besar binaannya 😁 https://bit.ly/3bpVgme

mStar Online : Animasi Jepun Paling Bahaya Untuk Tontonan Kanak-Kanak

KOTA BARU: Filem Animasi Jepun adalah antara cakera video digital (DVD) yang dikesan paling bahaya untuk ditonton oleh kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda. Pengerusi Lembaga Penapis Filem, (LPF) Datuk Mohd Hussain Shafie berkata ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui mengenai bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka terhadap kandungan DVD dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak. "Banyak cerita animasi dari Jepun telah kita haramkan kerana walaupun ia merupakan cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa. "Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem

PATHOS... menarik sungguh kupasan ini

salinan asal dari catatan  Kempen sudah masuk... Wan Ahmad Fayhsal  · 795 followers 6 hours ago  ·    Kempen sudah masuk "Final Lap". Semua orang letih, baik politikus dan rakyat. Maklumlah, dalam politik makanan ruhani sikit sangat. Maka teknik propaganda yang paling berkesan pada saat-saat ini ialah, seperti dijelaskan Aristotle ialah PATHOS - yakni "manipulasi emosi" pengundi.   Ada 2 jenis PATHOS: Negatif dan Positif. Maka tersebarlah gambar-gambar kepala ayam berdarah kena campak pada kereta calon, gambar-gambar muka tuan guru diqiaskan dengan gambar babi, gambar jenazah, takut-takutkan hudud oleh MCA dan macam-macam lagi.  Semua ini bertujuan untuk memangkinkan lagi rasa marah (dan takut) yang membuak-buak agar pengundi terdorong untuk terus membuat keputusan atas pertimbangan emosi kemarahan.  Marah pun ada dua jenis. Jenis "gedebe" tak terkawal - sepertimana yang tesirat dalam bidalan Melayu - "Marahkan Nyamuk, Kelambu di Bakar". Dan je